Visi & Misi
Visi
Menjadi organisasi yang komited dalam menyokong dan membantu golongan memerlukan, membentuk masyarakat yang lebih penyayang, prihatin dan sejahtera.
Misi
Menyediakan bantuan tanpa mengira latar belakang, memperkasakan komuniti dengan pendidikan, sokongan mental, dan bantuan sosial untuk masa depan yang lebih cerah.
Objektif Penubuhan
- Yayasan NDE ditubuhkan untuk mengurus serta menyalurkan dana dan bantuan bukan kewangan bagi meringankan beban kemanusiaan, termasuk bantuan bencana, sokongan kepada anak yatim, serta usaha meningkatkan taraf hidup masyarakat yang terkesan akibat kemiskinan, bencana alam dan faktor-faktor lain.
- Mengumpul, mengurus dan memperuntukkan dana bagi menyokong program pendidikan dan pembangunan kemahiran, di samping memperkasa tahap pendidikan dalam pelbagai bidang. Usaha ini turut memberi peluang kepada golongan yang memerlukan, anak yatim serta individu kurang berkemampuan untuk meningkatkan taraf hidup melalui pendidikan dan latihan kemahiran.
- Merancang, melaksana dan menyokong inisiatif bagi mempertingkatkan perkhidmatan kesihatan, khususnya dalam penyediaan pusat rawatan seperti dialisis serta perkhidmatan dan produk perubatan berkaitan. Selain itu, turut merangkumi penyediaan rawatan alternatif seperti bekam, serta perkhidmatan latihan dan konsultasi berkaitan rawatan dan produk kesihatan alternatif.